04 Mac 2009

PEREMPUAN OH PEREMPUAN


1.Perempuan itu tidak guna kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,
bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg
layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila
dipakai
walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi
lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia
memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An-
Nur.

3.Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan
bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya
kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan
rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu.
Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat
ini
tahu bahawa inilah yang dipesan oleh
nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak
boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah
dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-
kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji
adalah
mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki
atau perempuan yang bercakap
menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar
tunjangnya. Dia tahu bahawa
perumpamaan perkataan yang baik dan
buruk
dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-
26
surah
Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al-
Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang
jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur
lehernya dan tidak menampakkan bentuk
di
bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti
yang
disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat
59 al-
Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang
bergelar suami mesti memberi peringatan
untuk
isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku
untuk menarik perhatian lelaki yang
sakit
dalam hatinya. Sememangnya suara
perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah
tidak akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam
percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi
fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang
boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32
surah
al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang
begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk
disini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan kebaranian
orang
untuk bertindak jahat kpd mereka.
Penyakit
dlm hati adalah keinginan seorang
lelaki
utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya
seperti berzina. Mengapa? Lelaki
sangat mudah tertarik kpd seorang
wanita
melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim
(muslimah)
kerana semestinya kecantikannya adalah
hak
ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar
bekerja,dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak
jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya
anda sehingga kadang2 wajah anda
menjadi
seperti hantu. Hendak bergincu? Jika
bergincu,
pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
atau Mengapa tidak pakai lipstick
sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala
yang digunakan untuk memukat haiwan
akuatik.Kerana apabila memakai tudung
seperti
ini,akan nampak juga bahagian yang
sepatutnya ditutup rapi dari pandangan
orang lain. Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak
berharga dengan menayangkannya tanpa
sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengawal untuk
menjaga
keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu
adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang
diamalkan oleh
anda untk memakainya dengan cara yang
terbaik.



2 ulasan:

Budi Sutomo, S.Pd berkata...

Perempuan yang baik harus menjaga aurat dari pandangan pria. jadi harus tertutup.
salam

Shamwar berkata...

ya benar skali bang... bukan cuma itu, rasulullah pernah bersabda:
"Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki" (Al-hadith)