28 Februari 2009

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA



SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 
DI MALAYSIA
Oleh:
Khairul Anwar Bin Sharin dan Anas Syafik Bin Zulkipli
PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN (KEPUJIAN)
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR


1.0 PENGENALAN
Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian ini akan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.

2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

2.1. Sebelum Zaman Kolonialisme British

Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.

Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

2.2. Semasa Zaman Kolonialisme British

2.2.1. Sebelum Perang Dunia Kedua
Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan kepada lima peringkat iaitu:
• Pendidikan Rendah
• Pendidikan Menengah
• Latihan Perguruan
• Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika itu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Tanah Malayu.

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

2.2.2. Selepas Perang Dunia Kedua
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.

British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat cina.

Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambil keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan, pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN PERTUKANGAN

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur.

Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur.

Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.

4.0 PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian Pengurusan Politeknik.

  Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 – 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.
 Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun 2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.

5.0 PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:
1. Unit Ketukangan Kejuruteraan
2. Unit Perdagangan
3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
4. Unit Sains Pertanian
5. Unit Kursus Pendek
6. Unit Politeknik
7. Unit Pentadbiran
  Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam
2. Unit Kejuruteraan Elektrik
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal
4. Unit Perdagangan
5. Unit ERT
6. Unit Sains Pertanian
7. Unit Pembangunan
8. Unit Pengurusan pelajar
9. Unit Pengurusan
10. Unit Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.


6.0 PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.
Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.
Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.
Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.
Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.
MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.
Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).

7.0 PENUTUP
Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.

Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di dalam kelas.


8.0 BIBLIOGRAFI

Emat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.
Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

25 Februari 2009

KANAK-KANAK AUTISME: CIRI-CIRI DAN IMPLIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KANAK-KANAK AUTISME: CIRI-CIRI DAN IMPLIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh:
Khairul Anwar Bin Sharin
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

1.0 PENDAHULUAN
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
2.1 Komunikasi dan Bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

2.2 Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 

2.3 Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

2.4 Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

2.5 Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.


2.6 Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

3.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.


4.0 PENUTUP
Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.



5.0 RUJUKAN
5.1 Rujukan Utama
1. Judarwanto, D. W. (n.d.). Pencegahan Autis Pada Anak. Phycology , 1-11.
2. Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov. (2006). Does Television Cause Autism? Psycology , 1-44.
3. Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. Psychology , 54-61.

5.2 Rujukan Tambahan
1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2. Jaafar, J. L. (2002). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Meng, E. A. (2002). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (Semester 1). Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Wehmeirer, S. (2006). Oxford Advenced Learner's Dictionary. New York: Oxford Univercity Press.
5. Veenstra-VanderWeele, Jeremy. "Autism." Microsoft® Student 2008 [DVD]. Redmond, WA: Microsoft Corporation, 2007. 




23 Februari 2009

Sirah Junjungan



Diantara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza


Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.

Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.

Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN
oleh:
Khairul Anwar Bin Sharin dan Anas Syafik Zulkipli
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR


1.0 PENGENALAN

Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu
perubatan di barat banyak dipengaruhi oleh perubatan muslim. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah. 

Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa tokoh-tokoh ilmuan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.

Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 masihi) dan berkembang pesat dalam zaman Abbasiyah (750-1258 masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan umatnya. Kehebatan para ilmuan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil “Hakim”.

Tahukah anda, bahawa kebanyakkan ilmu perubatan muslim dicedok dari ilmu perubatan di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Maka, ilmu perubatan muslim terpancar sebagai integrasi antara- teori-teori perubatan Yunani, warisan Hippokrates selain daripada pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berkepakaran khusus dalam bidang pharmakologi. 

Dalam bidang perubatan, begitu ramai ahli dan sarjana perubatan wujud bagi mengembang ilmu perubatan diserata dunia. Antara sarjana perubatan muslim yang terawal ialah AL-HARITH IBN KALADAH (634M) yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.

Dalam kajian ini, akan membicarakan beberapa orang tokoh sarjana perubatan Islam yang agung yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam seperti Ibnu Sina , Abu Qasim Al-Zahrawi dan Al-Razi.

2.0 IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS

2.1 Latar Belakang 

Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Anak berbangsa Parsi ini, dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi. 

Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik, kimia dan kosmologi.

Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-Raja” setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037 Masihi.

2.2 Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

2.2.1 Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.

Selain daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

2.2.2 Teori-teori dan Pendapat

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah. 
b. Masa antara denyutan. 
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. 
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). 
2.2.3 Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice). 

3.0 ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM

3.1 Latar Belakang

Masyarakat Eropah menggelar Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi sebagai Abucasis. Pakar bedah muslim yang terkenal itu dilahirkan pada 936M di Zahra yang terletak berdekatan dengan Cordoba, Sepanyol semasa pemerintahan Khalifah Abdur Rahman III. Abu Qasim meninggal dunia pada tahun 1013 dengan meninggalkan asas perubatan yang akan diingati sepanjang zaman.

3.2 Sumbangan dan Pencapaian

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot. 

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman ‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab al-Masnur. 

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898.

4.0 AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL

4.1 Latar Belakang

Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya tetapi di kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M bersamaan 251H.. 
Memandangkan minatnya yang tinggi dalam bidang tersebut, beliau telah dilantik sebagai ketua di sebuah hospital di Rayy setelah kembali dari Baghdad. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengarah di sebuah hospital utama di Baghdad semasa pemerintahan Adhud Daulah. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali ke kampungnya di Rayy di mana beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. Al-Razi akhirnya meninggal dunia pada tahun 930 M.
4.2 Sumbangan 

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.
Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya. 
Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah. 

Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:
a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut
b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat
c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka
Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri". 
4.3 Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.
Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di Paris.
Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16. 
Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.




5.0 PENUTUP

Konklusinya, dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam di atas menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat yang sentiasa maju ke hadapan. Lahirnya tokoh-tokoh dalam bidang perubatan seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Abu Qasim membuktikan Islam pada zaman dahulu telah menerokai dunia ilmu pengetahuan kerana:
  
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,"
Ayat ini memberitahu kita bahawa ilmu pengetahuan amat penting dan umat Islam perlu mencari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia dapat menarik manusia memeluk agama Islam dan meninggikan martabat umat Islam itu sendiri. Selain dalam bidang perubatan, Islam juga telah melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang kimia, astronomi, matematik atau ilmu hisab dan banyak lagi bidang yang telah diterokai oleh sarjana-sarjana Islam. Ini sudah cukup membuktikan Islam merupakan satu kuasa besar yang menguasai ilmu pengetahuan. Kita sebagai generasi zaman yang serba canggih ini perlu berusaha menguasai ilmu pengetahuan agar Islam terus kekal sebagai kuasa besar dalam bidang ilmu pengetahuan.





RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad,(1997). Tamadun Islam, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
H. Zainal Abidin Ahmad (1974). Ibnu Sina, Bulan Bintang Sdn. Bhd. Jakarta.
Baharuddin Yatim dan Sulaiman. (1997). Sains Menurut Perspektif Islam, Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi.
Ali Mohamad. (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2000). Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains dan
Teknologi,Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rashed Mohammad Kutty, Wan Ali Wan Jusoh, YazidJaafar. (2003).Tamadun
Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  


22 Februari 2009

Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif


Pendahuluan
 
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
 
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
 
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya’ dan ulama’? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak 'advance'? Kenapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala social yang memalukan di kala besarnya? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan kita memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara penyelesaiannya?Justru itu suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh imannya.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum untuk kanak-kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

· Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak
· Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak , samada digalakkan atau ditegah
· Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri
· Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
· Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan
  (NCB, 1989, p.11)

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar

Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka. Terkadang-kadang kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah membasuhkan tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar, maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih penting dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu tidak membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin kerana ia merasakan yang membaca buku lebih penting dari membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun pada hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum yang tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami

Binaan Kurikulum Integratif

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Kurikulum integratif juga boleh memberi maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek yang di ajar.

Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum yang integratif kepada tiga aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam ertikata lain ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’ dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan ‘subjek’ maka sudah pastinya perasaan dan naluri ingin tahu mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek dan mereka akan menjadi ‘rigid’ sebaliknya jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. “ Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.

Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya tadika aliran agama adalah diajar berasaskan subjek dan bukannya berasaskan penggarapan aspek perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid atau pembaharuan yang perlu dilakukan.

Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang digarap di peringkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Setiap aspek perkembangan kanak-kanak perlu digarap dengan sempurna tanpa melebihkan satu dari yang lain kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron dalam otak yang tidak dirangsang dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang menjurus kepada sesuatu aspek, ia akan mati begitu sahaja. Andai ia digarap dari segi intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah begitu saja sedangkan neuron itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi pemangkin kepada sesuatu perubahan kepada umat manusia. Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik yang perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar dengan itu potensi mereka dapat digarap sebaik mungkin kerana mereka adalah aset utama sesebuah negara.

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam dalam mendidik anak-anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .

Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan pelbagai bentuk kurikulum seperti ‘Montessori’, ‘Reggio Emilio’, ‘Early Learning Goals’, ‘High Scope’ dan sebagainya. Manakala di Timur di Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New Zealand sebagai contoh, ‘ Te Wariki’ menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.

Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi sumbangan kepada ilmu pengasuhan perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak. Ibnu Miskawaih misalnya begitu menekankan pentingnya pendidikan akhlaq dan pembentukan sahsiah yang mulis manakala Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, begitu menekankan aspek belajar melalui bermain sebagai asas pengasuhan.

Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.

Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:

 

1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah,

2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak,

3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.  

4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.

5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang mereka mahu dan mampu lakukan. 

6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran fizikal kanak-kanak.

7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat

8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan bersih.  

9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata  

 
Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.

Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian

Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.

Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman. Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ١لطفل ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.

Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.

I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.

Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”

 

Wallahua’lam

 

Rujukan
 

A’bdul Jabbar, M. M. and Al- Naabaabtah, M.S. (1988)(2nd ed.) Saykuwloujiyah Al- La’ab Wa – al- tarwih, Al-Riyadh, Maktabah Al-safahaat Al-Al-dhahabiyyah.

Abu Hilal, A et al (1993) Al-Marji’ fi Mabadi At- Tarbiyyah, Amman, Dar As-Syuruq.

A’li, S. I. and An- Naqib, A (1984) Falsafah At-Tarbiyyah I’nda Ibnu Sina, Cairo, Dar- Aththaqafah.

Abul Quasem, M (1975) The Ethics of Al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam, Selangor, Malaysia, Central Printing Sdn. Bhd.

Al-A’udat, M. A’. (1992) ‘Child Rights in the Islamic Law’, At- Tarbiyyah (Journal), No. 102, pp.183-193.

Al-Barjis, ‘A. M. (1980) al-tawjih al-islami li- nash ‘ fil-falsafah al-Ghazali, Cairo, Dar-al-andalus.

 Al-Khatib, R (1985) Tarbiyathu al-“iflu al-rawdah, Cairo, Ma“ba’ Al- Hay΄ah Al-Misriyyah.

 Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West: An Islamic Perspective, Maryland, Amana Publications

 Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder & Stoughton.

Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality, London, HMSO.

Drummond, M. J., Lally, M and Pugh, G (1989) Working with Children: Developing A Curriculum for the Early Years. National Children Bureau . Leics: NES Arnold.

 Gammage, P (1999) ‘Early Childhood Education in the Postmodern World’, in Abbott, L and Moylett, J (Eds). Early Education Transformed,London, Routledge Falmer, pp.153-163

 Katz, L (1999) ‘Another Look at What Young Children Should be Learning’, Archive of ERIC/EECE Digest, Early Childhood and Parenting Colloboration, University of Illionis.

 Katz, L. G. (2003) ‘The Right of the Child to Develop and Learn in Quality Environments’, International Journal of Early Years Education, Vol.35, Iss.1/2, pp.13.

Mastura Badzis (2002) ‘Planning an Affective Education for Pre-school Children: within Islamic and Western Perspective’, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 10, No. 2, pp.65-78.

 Mastura Badzis (2002) ‘Child Educatiojn: What Should be Optimal, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 12, No. 1, pp.77-90.

Mursi, M. S. (1998) Fann Tarbiyatu Al-Aulad fi al-Islam, Cairo, Dar At-Tauzig’ wa- an-nasyr al-Islamiyah.

Quraishi, M. A. (1983) Some Aspects of Muslim Education, Lahore, Universal Books.

Sylva, K and Ingrid, L (1982) Child Development: A First Course, Oxford, Blackwell.

19 Februari 2009

Di Kayangan Kita

DI KAYANGAN KITA
MATAKU MEMANDANG
HATIKU BERGONCANG
BIBIRKU BERBISIK
MENYEBUT NAMAMU
DI LANGIT TERBENTANG
AWAN BERIRAMA
TERTULIS.... INI CINTA KITA

KAIN YANG KU PAKAI
SULAMNYA SUTERA
BUKANNYA BASAHAN
HIASAN DIRAJA
SERI WAJAH KITA
MENERANGI SENJA
TERLUPA... MALAM DAN SIANGNYA

JARI JEMARIKU
BERTAUT SEPULUH
MENYUSUNKAN SEMBAH
HATI NURANIKU
MELAFAZKAN RINDU
KALAM TAK BERUBAH

BAGAI DI KAYANGAN
KITA DISATUKAN
DALAM PERSANDINGAN

C/O GELISAH DI KALBUKU
SESAAT TIDAK BERTEMU
KU BAGAI BONEKA
TAK MAMPU TAK BERUPAYA

MENCIPTA GEMBIRA
MENCIPTA GELORA
BERCINTALAH SEPENUHNYA (CINTA SEPENUHNYA)
DI KAYANGAN INDAH KITA (DI KAYANGAN KITA)
SENDIRI (CINTA... DI KAYANGAN KITA)

15 Februari 2009

Kikis Sikap Fanatik Pemikiran

Kikis Sikap Fanatik Pemikiran


Antara kelemahan yang paling mengkhuatirkan sedang melanda umat Islam ketika ini ialah perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.

Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.

Para imam mazhab umpamanya turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran. Sebaliknya berpendirian: “Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.
Ungkapan seperti ini adalah manifestasi adab dan etika dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi. Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara cabang namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun.

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza (Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).

Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan sembahyang Asar sewaktu pergi ke Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perselisihan tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.

Perselisihan tidak hanya berlaku di zaman Rasulullah sahaja, namun seawal kewafatan baginda, para sahabat sekali lagi berselisih mengenai tempat sewajarnya di mana Rasulullah s.a.w. patut dimakamkan. Ada yang berpendapat baginda wajar dikebumikan bersama sahabat-sahabatnya, manakala sebahagian yang lain berpendapat agar dipusarakan jasad Nabi s.a.w. di dalam masjid. Namun setelah dirujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Bakar: “Tidaklah diwafatkan seorang Nabi melainkan ia dikebumikan di tempat ia diwafatkan itu”, para sahabat terus mengangkat tikar tempat Rasulullah diwafatkan dan digalikan pusara untuknya.

Banyak lagi contoh-contoh lain perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku dikalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan pelbagai perselisihan dalam masalah fekah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi melulu.
Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didokongi para sahabat Nabi s.a.w. yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi penyakit baru yang cepat membarah, sekaligus meranapkan akal budi dan peribadi umat.

Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing.

Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andainya kita bersedia menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.

04 Februari 2009

JIKA ORANG MENCINTAI MU


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu- satunya. 

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya . 

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupu n mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’ selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selam at atau mengirim SMS. 

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakanny a, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkap kannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. 

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiska n hari-harinya hanya dengan kamu. <>

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberik an nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’ 

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 

18] Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindak annya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 

20.Kalau kamu melihat handphone-nya mak a nama kamu akan menghiasi sebahag ian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tah un yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-ben da berharga buatnya. 

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya , dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

23] Orang yang begitu mencintaimu, tida k pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya . saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. [ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melukakannya! ]

Siasiyah Syariyah

Siyasah
shar’iyyah merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang
pentadbiran dan urusan kenegaraan. Dengan pengertian umum ia samalah
dengan istilah al-Ahkam al-Sultaniyyah yang digunakan oleh ulamak pada
kurun keempat seperti yang dipakai oleh al-Mawardi dan al-Farra’.
Terdapat istilah lain yang digunakn oleh ulamak bagi menunjukkan
tentang urusan politik dan kenegaraan seperti istilah Nizam al-Hukm,
Nizam al-Siyasi dan Fiqh al-Daulah.Para ulamak telah membincangkan
teori kenegaraan dan politik dengan menggunakn istilah yang berbeza.
Walaupun berbeza istilah tetapi ia membawa maksud yang sama iaitu
membincangkan tentang pemikiran, pengurusan, struktur politik dan
pentadbiran negara Islam.
 
Prinsip siyasah shar’iyyah
merupakan suatu pendekatan yang digunakan oleh para fuqaha dalam
memelihara maslahah ummah apabila ia bertcmbung dengan masalah-masalah
baru yang ditimbulkan. ‘Siyasah’ dalam bahasa Arab bererti melakukan
kebaikan untuk sesuatu dan kemudian dikembangkan menjadi satu peraturan
bagi menjaga tata susila, kepentingan umum dan sistem hidup Ia juga
membawa erti mentadbir urusan sesuatu golongan berkaitan dengan
pemerintahan. Para ulamak membahagikan siyasah kepada dua bahagian
iaitu:


i. Siyasah yang adil yang sebahagian dan hukum syarak.

ii. Siyasah yang zalim yang diharamkan oleh syarak.

Mengikut
sahibul al-Bahr al-Ra’iq menyebutkan bahawa siyasah shar’iyyah itu
ialah sebarang langkah yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan
rakyat yang dirasakannya baik walaupun tidak berdasarkan kepada sesuatu
nas secara tertentu. Para fuqaha mahu istilah ini digunakan hanya dalam
bentuk pemerintah bagi kepentingan umum rakyat selagi tidak
bertentangan dengan prinsip agama manakala ulamak bukan fuqaha (ulamak
bahasa) menggunakan istilah ini lebih umum yang meliputi kepada
kepentingan rakyat bcrtetapan dengan syarak.

Abdul Wahab
Khallaf menyebut ilmu siyasah shar’iyyah itu ialah ilmu yang
membahaskan tentang sistem undang-undang dan pentadbiran pemerintahan
negara Islam yang bertetapan dengan dasar Islam walaupun tidak ada
dalil yang khusus mengenainya. Ilmu ini menghuraikan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk penyelarasan pentadbiran undang-undang yang
diambil oleh ketua negara bagi memenuhi keadilan dan kepentingan umum.
Beliau mengatakan siyasah shar’iyyah sebenarnya ialah menggunakan
masalih al-Mursalah dalam menentukan hukum kerana masalih al-mursalah
ialah sesuatu yang tidak diterima atau ditolak oleh mana-mana dalil
dengan secara khusus sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulamak usul
fiqh. 

Dari pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa siyasah
shar’iyyah sebenarnya ialah mengamalkan masalih al-mursalah iaitu
mengambil sesuatu langkah berasaskan maslahah tanpa terikat dengan
tatacara yang biasa diamalkan oleh para fuqaha dan mujtahidin dalam
mengeluarkan hukum. Satu-satunya syarat yang perlu dipatuhi dalam
mengambil pendekatan maslahah ialah ia tidak bertentangan dengan nas
dan ijmak. 

Abdul Wahab Khallaf memberi definisi siyasah
shar’iyyah sebagai mengatur pentadbiran awam dalam pemerintahan bagi
memenuhi kemaslahatan (kebaikan) dan menolak kemudaratan selagi mana
tidak melampaui batasan shariat dan prinsip umum. Walaupun tidak
selaras dengan pandangan para imam mujtahidin. Dengan lain ungkapan
ialah mengikut jejak langkah ulamak salaf dalam menjaga kemaslahatan
dan perkembagan semua peristiwa. Yang dimaksudkan mengatur urusan umum
dalam pemerintahan ialah sesuatu yang berupa tuntutan kehidupan dari
segi peraturan, sama ada dari segi undang-undang kewangan, hukum,
kehakiman, lembaga eksekutif, hubungan dalam negeri atau hubungan
antarabangsa. Oleh itu, mengatur semua urusan tersebut, teori dan
dasar-dasarnya serta membuat peraturan-peraturan yang sesuai dengan
prinsip shariat dinamakan siyasah shar’iyyah.

Menurut Dr. Fathi
Uthman dalam bukunya Min Usul al-Fikr al Siyasi al-Islami mengatakan
bahawa ijtihad dalam bidang politik dinamakan sehagai siyasah
shar’iyyah. Beliau mentakrifkan siyasah shar’iyyah dalam bahasa
ringkasnya ialah ijtihad fi umur al-Siyasi aw fi Nizam al-Daulah
(Berijtihad dalam bidang politik atau dalam sitem kenegaraan). Beliau
menegaskan bahawa sumber-sumber peraturan dan hukum pemerintahan Islam
adalah al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat ayat-ayat dan hadith Rasulullah
yang menghuraikan tentang peraturan dan manhaj negara Islam. Sementara
perkara-perkara yang baru atau yang tidak ada dalil yang khusus tentang
sesuatu masalah maka para fuqaha perlu membuat ijtihad yang dinamakan
sebagai siyasah shar’iyyah jika permasalahan itu dalam konteks politik
dan pemerintahan.Selanjutnya beliau berkata, secara tabienya ijtihad
berkenaan akan berbeza-beza mengikut perbezaan penilaian, hasil
perbezaan berfikiran antara individu dalam keadaan dan zaman yang
berbeza. Dalam buku ‘11am al-Mawaqi’in An Rabbil ‘Alamin, Ibn Qaiyim
telah mengemukakan kaedah fiqh yang penting dalam perubahan dan
perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat keadaan, niat dan
faedah. Beliau menjelaskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku
terhadap shariat kerana kejahilan terhadap kaedah berkenaan, penegasan
yang sama juga dibuat oleh Imam Syatibi dalam buku al-Muwafaqat. Para
fuqaha menamakan ijtihad dalam menangani persoalan-persoalan baru bagi
negara Islam sebagai siyasah shar’iyyah.

Abd Rahman Taj
menyebutkan siyasah ialah satu nama bagi peraturan yang mentadbir
hal-hal umat dari segi pemerintah, perundangan, kehakiman, kekuasaan,
pelaksanaan dan hubungan antabangsa, Menurutnya lagi, setiap umat
mempunyai sistem politik yang khusus yang menepati sausana kehidupan
ketika itu yang terdiri daripada siyasah dasturiyyah (politik
perlembagaan) siyasah tasri’iyyah (politik perundangan), siyasah
qada’iyyah (politik kehakiman) siyasah maliyyah ( politik kewangan),
siyasah kharijiyyah (politik antarabangsa), siyasah idariyyah (politik
pentadbiran) dan sebagainya. Setiap sistem tersebut mempunyai
hukum-hukum serta peraturan yang tersendiri yang dinamakan siyasah
shar’iyyah jika kita mengambil makna perkatan ini dari maksud yang
lebih luas. Sementara makna khususnya ialah peraturan untuk mentadbir
negara dan urusan umat yang selaras dengan nilai-nilai shariat,
bertetapan dengan perkara dan urusan usul-usul asas, menepati matlamat
kemasyarakatan walaupun tidak ada dalil yang khusus dalam al-Quran dan
al-sunnah, 

Beliau menjelaskan perbezaan natara siyasah
al-wadha’iyyah dengan siyasah shar’iyyah. Siyasah al-wadha’iyyah
(politik ciptaan manusia) ialah peraturan dan hukum yang diasaskan oleh
orang ramai bagi mentadbir hal-hal umat yang bersandarkan uruf, adat,
pengalaman dan peningalan warisan silam. Dengan kata lain, siyasah yang
hanya bersandarkan kepada uruf dan adat tanpa berkait dengan wahyu dan
al-Sunnah sebagai sumbernya. Menurut Abd Rahman Taj bahawa siyasah
shar’iyyah adalah siyasah yang adil dan ia diasaskan atas keyakinan
iman bahawa sumber utamanya adalah wahyu dan al-Sunnah. Oleh itu,
peraturan dan hukum yang dikehendaki oleh umat dikira siyasah
shar’iyyah apabila ia menepati dua perkara iaitu:

i. Bertetapan
dengan nilai serta etika syariah yang bersandarkan kaedah dan asasanya
seperti kaedah muhkamat bukan hukum-hukum yang tetap yang tidak
menerima perubahan, walaupun berbeza umat dan zaman.

ii. Tidak
bertentangan secara jelas dengan dalil-dalil shariat yang jelas seperti
yang telah ditetapkan kepada orang ramai sepanjang zaman dan keadaan.

Seterusnya
beliau menyebutkan bahawa siyasah shar’iyyah merupakan kaedah fiqh yang
berubah-ubah mengikut keadaan, masa dan persekitaran. Ia adalah
pola-pola yang berubah-ubah kerana faktor persekitaran. Beliau
menggunakan istilah fiqh al-Maran atau fiqh al-Mutaharrik iaitu fiqh
yang mengikut perjalanan semasa (fiqh fleksibel) bagi memenuhi
keperluan yang baru dan yang berbagai-bagai kerana faktor perkembangan
masyarakat dan individu. 

Dari huraian di atas, beliau
membahagikan siyasah kepada dua bahagian iaitu siyasah wadha’iyyah dan
siyasah shar’iyyah. Siyasah shar’iyyah pula boleh berubah-ubah kerana
faktor persekitaran selagimana ia tidak bercanggah dengan nas yang
tetap. Walaupun begitu, bukanlah maksud di sini, setiap muslim boleh
menukar hukum-hukum shariat dengan mendatangkan shariat yang lain,
bukan shariat dari Allah dan rasulNya kerana di sana terdapat
hukum-hukum zanni (hukum-hukum yang kurang jelas) yang tidak terdapat
nas yang tetap dan tidak ada ijmak yang membolehkan para ulamak membuat
keputusan dengan qarinah seperti yang ditetapkan oleh shariat.
Hukum-hukum tersebut adalah hukum yang boleh berubah-ubah kerana faktor
yang dinyatakan oleh ulamak fiqh dalam kitab-kitab mereka, malahan ada
pendapat yang mengharuskannya bertentangan dengan nas yang tetap
bersandarkan maslahah khas dan maslahah darurat. (maslahah al-daruri). 

Muhammad Hashim Kamali memberi definisi siyasah shar’iyyah iaitu, A
broad doctrine of Islamic law which the ruler to determine the manner
in which the shari’ah should be administered. The ruler may accrodingly
take discretionary measures, enact rules and initiate policies

as he deems are in the interest of good goverment, provided that no
substantive principle of the shari’ah is violated the thereby”.
(suatu doktrin yang luas dari perundangan Islam yang memberi kuasa
kepada pemerintah untuk menentukan bagaimana caranya syariat harus
dijalankan. Sesuai dengan itu pemerintah boleh menggunakan budi
bicaranya untuk membuat peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang
dirasakan memenuhi kepentingan pentadbiran yang baik, asalkan ia tidak
melanggar mana-mana prinsip syariat.)

Ibn Qaiyirn mengambil
definisi yang telah diungkapkan oleh Abu Wafa’ bin Aqil dengan
menyatakan: “Sebarang langkah pada hakikatnya membawa manusia ke arah
kebaikan dan menjauhi mereka dan keburukan walaupun tidak pernah
dilakukan oleh Rasul dan tidak diturunkan wahyu mengenainya”. 
(Any measure which actually brings the people closest to beneficence
(Salah) and furthest away from corruption (Fasad) partakes in just
siyasah even if itu has not been approved bu the Prophet (s. a.w) nor
regulated by Divine revelation)”.

Sebenarnya dinamika
siyasah shar’iyyah ini tidak ada halagan dari syarak selagimana ia
berasaskan kemaslahatan dan menolak kemudaratan selama ia tidak
terkeluar dari landasan syarak dan kaedah-kaedah umum. Malahan siyasah
shar’iyyah didukung serta dikuatkan lagi dengan kaedah syarak seperti
yang dinyatakan oleh imam al-Qarafi yang dinaqalkan oleh Alauddin dalam
kitabnya Mu’in al-Hukam iaitu :

i.
Sesungguhnya banyak kerosakan telah berlaku secara berleluasa. Ini
bebeza dengan zaman awal Islam. Keadaan ini memerlukan perubahan hukum
selagi tidak terkeluar dari tujuan syarak berdasarkan hadith Rasulullh
s.a.w. yang bermaksud : “ tidak boleh berbuat mudarat dan tidak ada
kemudaratan.” Sedangkan meninggalkan peraturan ini akan mendatangkan
kemudaratan dan ini dikuatkan lagi dengan nas dalam menghilangkan
kesulitan.

ii. Sesungguhnya maslahah al-Mursalah, menurut ulamak
bahawa asas kemaslahatan yang tidak disebut Allah dalam al-Quran, telah
menguatkan posisi masalih al-Mursalah, sebab para sahabat pernah
melakukan peristiwa –peristiwa tertentu demi kemaslahatan seperti
penulisan mushaf al-Quran.

iii. Sesungguhnya hukum Islam
mengutamakan kesaksian lebih daripada riwayat. Dalam kesaksian
disyaratkan bilangan orang dan meredeka. Saksi dalam perzinaan mesti
ada empat dan pembunuhan ada dua orang saksi. Perbandingan dan
perbedaan ini banyak terjadi dalamhukum Islam kerana faktor-faktor
persekitaran dan zaman. Oleh kerana itu situasi dan kondisi harus
diantipisipasi sehingga hubungan dengan masalah yang muncul dalam
politik ini relevan dengan kaedah-kaedah yang popular.

Secara
keseluruhannya para ulamak memberi pelbagai takrif tentng siyasah
shar’iyyah. Walaupun begitu, mereka bersepakat bahawasiyasah shar’iyyah
merupakan ijtihad dalam bidang politik untuk maslahah umat dan menolak
kemudaratan walaupun ia tidak pernah disentuh atau selaras dengan
pendapat imam mujtahidin. Ia adalah ruang kuasa yang diberikan kepada
pemerintah untuk mengambil sesuatu tindakan atau keputusan bagi
kepentingan umum walaupun ia tidak ada dalil yang khusus mengenainya
asalkan tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip syariat Islam. Ada
juga yang berpendapat siyasah shar’iyyah adalah suatu kaedah yang jitu
dan berguna boleh dipakai sepanjang zaman, tidak sempit dan kaku malah
siyasah shar’iyyah ini adalah satu kaedah yang tercetus daripada
perbuatan Rasulullah dan para sahabat. Antara kaedah yang digunakan
dalam konteks siyasah shar’iyyah ialah “ sesuatu yakin tidak terangkat
atau terhapus dengan syak”, “ada perkara yang boleh dilakukan oleh
seorang individu tetapi tidak boleh dilakukan oleh jemaah” dan Sadd
al-Zara’i (menutup pintu keburukan).

Dengan kata lain, siyasah
shar’iyyah adalah satu aplikasi syariah dalam sistem politik Islam
dengan tujuan untuk memenuhi kepentingan warga negara, mengelakkan
keburukan yang berlaku, mewujudkan masyarakat yang harmonis dengan
prinsip-prinsip umum syariah sekalipun kadangkala bertentangan dengan
pandangan mujtahid. Siyasah Shar’iyyah ialah siyasah yang adil
bertujuan mengelakkan kerosakan, kesukaran, kesusahn dan kezaliman dan
dalam masa yang sama mendapatkan manfaat dan faedah, menjaga
kepentingan umum rakyat di dalam pentadbiran dan pengurusan negara dan
ummah. Sesungguhnya faham siyasah shar’iyyah sentiasa terikat dengan
prinsip syariah yang berpaksi kepada prinsip thawabit (tetap) dan
mutaghayyir (berubah-ubah). 

Adakah Siyasah Shar’iyyah Bertentangan Dengan syariat.

Terdapat kekeliruan salah faham yang mungkin timbul dari kata-kata : “ tidak ada siyasah kecuali yang menepati syarak”. Perkara
ini telah dijawab oleh Ibn Uqail yang dinaqalkan oleh Ibn Qaiyim dengan
menyebutkan bahawa sekiranya kata-kata tersebut bermaksud siyasah itu
mestilah tidak menyalahi perkara-perkara yang ditentukan oleh syarak
sememangnya benar dan tepat. Kalau ia bermaksud tidak ada siyasah
kecuali berdasarkan syarak maka itu adalah satu kekeliruan dan
pandangan yang mengelirukan terhadap para sahabat. Ini kerana para
sahabat sendiri pernah membuat keputusan berdasarkan kemaslahatan umum
walaupun tidak ada nas secara khusus yang menyokongnya.

Sikap Kaum Muslimin Terhadap Dinamika Siyasah Shar’iyyah

Berbagai-bagai
sikap dan pandangan kaum muslimin terhadap dinamika siyasah shar’iyyah
ini. Perkara ini bukan sahaja timbul di zaman kini tetapi telah berlaku
di zaman Ibn qaiyim sehingga beliau menjelaskan kedudukan siyasah
shar’iyyah serta membahagikan kepada dua iaitu siyasah yang adil yang
disfatkan sebagai siyasah shar’iyyah dan kedua siyasah yang zalim yang
tidak shar’iyyah. Ibn Qaiyim menyebutkan bahawa perkara ini memang
sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu ada yang berpandangan terlalu
sempit sehingga menyebabkan terbengkalainya undang-undang dan
peraturan. Mereka menyebabkan banyak hak yang hilang dan menjadikan
orang jahat lebih berani melakukan kejahatan. Mereka menjadikan syariat
tidak berdaya untuk menangani kepentingan umum manusia (masalihu
‘l-‘ibad) dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka menutup jalan yang
benar ke arah mengenali yang hak dan melaksanakannya sedangkan mereka
tahu dengan jelas seperti mana orang lain juga bahawa ia adalah suatu
kebenaran. Mereka mengkosongkan ilmunya dan mereka tidak mempunyai
perpsepsi sesuai dengan realiti. Sebabnya kerana mereka sangka ia
bertentangan dengan kaedah syarak.

Di satu pihak yang lain pula
terdapat mereka yang terlalu longgar pendiriannya. Mereka menerima
konsep ini (siyasah shar’iyyah) dan menjadikannya sebagai alas an untuk
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah dan rasulNya.

Kedua-dua
golongan ini sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam
mengenali syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutuskan para Rasul dan
menurunkan Kitab-KitabNya dengan tujuan supaya berlaku adil di kalngan
manusia iaitu adil yang menjadi nilai dan asas kepada tertegaknya bumi
dan langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalm
bentuk apa sekalipun maka itulah syariat Allah dan agamaNya. Sebab
Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam menetapkan hukum menuju jalan
keadilan.

Ibn Qaiyim memberi gambaran bahawa siyasah shar’iyyah
ini memerlukan kepada lkefahaman yang mendalam dan tepat. Kekeliruan
ini sudah berlaku pada zaman Ibn Qaiyim malahan lebih awal daripada
itu. Kita tidak boleh menyempitkan fahaman ini dengan menutup jalan
yang betul bagi mengenalinya kerana ada sesetengahnya menganggap
prinsip ini bercanggah dengan syarak. Setengah golongan pula yang
menerima prinsip ini dengan menjadikan alasan untuk melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan Islam. Oleh kerana itu, kita tidak boleh
menyempitkan atau melonggarkan faham siyasah shar’iyyah kecuali
terlebih dahulu kita memahami dengan mendalam persoalan tersebut. 

Perkara ini pernah disentuh oleh Muhammad Nur Manuty dalam ucapan dasar ABIM ke 22 dengan katanya : “
Sesungguhnya kita bermaksud hendak memudahkan prinsip tersebut
semata-mata untuk menjadi golongan ‘opologetik’ dengan reality
setempat. Bagaimana, kita janganlah pula menyempitkan faham siyasah
shar’iyyah kerana ia senantiasa terikat dengan prinsip utama syariah
Islam, iaitu merealisasikan kepentingan hamba-hambaNya (masalih
ul-‘ibad) dan prinsip syariah juga mempunyai tujuan-tujuannya yang
murni (maqasid al-shar’iyyah).”

Siyasah shar’iyyah
merupakan rahmat dari syariat Islam itu sendiri. Melalui kaedah ini, ia
dapat menjamin keadilan masyarakat. Kuasa dalam menentukan dasar
kenegaraan bercirikan siyasah shar’iyyah tidak bertentangan dengan
prinsip Islam. Penggunaannya bukanlah untuk menjadikan kita
meringgankan serta melambatkan proses islamisasi tetapi ia juga
merupakan kaedah pendekatan yang harus diambil oleh pemerintah dalam
menjalankan pentadbiran. Muhammad Nur Manuty menjelaskan : “ sebagai
sebuah negara majmuk dari segi ras, agama, agama, bahasa dan adat resam
faham siyasah shar’iyyah itu amat relevan dengan usaha-usaha pemantapan
Islam, yang sedang berlaku di negara ini. Menurut Mahmood Zuhdi Abd
Majid bahawa siyasah shar’iyyah bukan satu rukhsah atau kelonggaran
dalam membuat ketentuan hukum secara umumnya, tetapi sebaliknya suatu
method dalam menjalankan pentadbiran negara. Tidak salah kalau
diertikan sebagai suatu method pentadbiran negara yang liberal.

Buku-Buku tentang siyasah Shar’iyyah dan Contoh-contoh Pelaksanaannya Sepanjang zaman

Para ulamak silam telah mengarang mengenai siyasah shari’yyah seperti Ibn Taimiyah dalam bukunya al-Siyasah al-Shar’iyyah fi Islah Ra’i wa Ra’ iyah
(siyasah Shar’iyyah dalam memperbaiki pemimpin dan rakyat) telah
membicarakan mengenai kenegaraan dan segala yang berhubung dengannya.
Ibn Qaiyim dalam bukunya Turuq al-Hukumiah Fi al-Siyasah al-Shar’iyyah (Jalan-Jalan Pemerintahan dalam siyasah shar’iyyah) juga mencrangkan aspek tersebut. Dr. Ahmad Fara’ dalam bukunya Sultoh al-Idariat wa al-Siyasah al-Shar’iyyah fi daulah al-Islamiah
(Kekuasaan Pentadbiran dan Siyasah Shar’iyyah dalam Negara Islam)
membahaskan mengenai sistem pentadbiran negara, perancangan bandar dan
pengurusan ekonomi dalam negara Islam. Dr. Ghalib bin Abdul Kafi
Kharshi telah menerangkan aspek-aspek serta tindakan yang diambil oleh
Saidina Umar dalam sistem pentadbiran negaranya dengan berdasarkan
siyasah shar’iyyah dalam tesis Ph.d. yang bertajuk Awwlawiyyat al-Faruq fi al-Idarat wa al-Qada’
(Keutamaan Umar al-Faruq dalam Pentadbiran dan Kehakiman) yang
dikemukakan di Universiti Imam Muhammad di bawah pengelolaan Muhammad
Khatan. 

Dr. Muhammad Khir Haikal telah menulis di dalam tesis Ph.d. yang bertajuk al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Shar’iyyah
(Jihad dan Pembunuhan dalam siyasah shar’iyyah) menghuraikan
aspek-aspek peperangan dan ketenteraan dalam shariat Islam. Ibrahim
Yahya Khalifah yang terkenal dengan nama Dadah Afendi mempunyai
karangan yang berjudul al-Siyasah al-Shar’iyyah yang membicarakan
tentang kehakiman, dakwa dan ta’zir, Wasiat fi adab al-Diniah wa
al-Siyasah al-Shar’iyyah oleh Tahir al-Khaza’iy, Siyasah al-shar’iyyah
oleh Muhammad al-Banna, al-Siyasah al-Shar’iyyah fi ‘Asr Awwal oleh Ali
Khafif., Siyasah al-shar’iyyah oleh Syeikh Razaq al-Zalbani, seorang
ulamak al-Azhar dan Ahkam al-Fiqh wa Ahkam al-Siyasah al-Shar’iyyah
oleh Dr. Kamal bu Judah Abu Muti’i.

Sesiapa yang merasai
keindahan shariat Islam dan merasai keseluruhannya merupakan
kesempurnaan, ia menjamin kemaslahatan rakyat di dalam kehidupan
mereka, ia didatangkan untuk membawa keadilan di kalangan makhluk dan
tiada ada keadilan yang mengatasi keadilannya, tiada ada maslahah yang
menjamin seperti maslahahnya. Perkara ini menunjukkan kepada kita
bahawa politik yang adil adalah sebahagian darinya, cabang dan
cabang–cabangnya. Sesiapa yang mengetahui maqasid (tujuan) serta
kesesuaiannya dan memahaminya dengan baik maka ia tidak akan memilih
siyasah yang lain darinya. Siyasah shar’iyyah merupakan rahmat dari
shariat Islam itu sendiri. Di sinilah herkumpulnya pendapat-pendapat
ulamak bagi memperbaiki serta mengubati penyakit masyarakat sehingga
mereka merasai bahawa shariat Islam itu dapat mengeluarkan mereka dari
kesempitan dan kesusahan.

Ijtihad Saidina ‘Uthman dengan
mengadakan dua kali azan pada sembahyang Jumaat memandangkan bilangan
masyarakat Islam ketika itu semakin ramai. Olch itu, menambah syiar
azan adalah untuk kepentingan umum rakyat bagi memudahkan urusan mereka
untuk pergi ke masjid. Saidina ‘Uthman juga mcnyuruh para sahabat
mengumpul al-Qur’an dan membacanya dengan qiraat yang sama dengan tidak
menafikan adanya qiraat yang lain tetapi memandangkan khuatir akan
berlaku pepecahan serta fitnah apabila berselisihnya para penghafaz
al-Quran di pelbagai negeri, maka ia melarang membacanya kecuali dengan
qiraat yang satu dan serupa walaupun perkara ini asalnya adalah harus. 

Kuasa
pemerintah dalam menentukan dasar kenegaraan bercirikan siyasah
shar’iyyah tidak bertentangan dengan kaedah syarak selagi ia tidak
bertentangan dengan prinsip Islam. Penggunaan siyasah shar’iyyah ini
bukanlah untuk menjadikan kita meringankan serta melambatkan proses
Islamisasi tetapi ia juga merupakan kaedah pendekatan yang harus
diambil oleh pihak pemerintah dalam melaksanakan hukum-hukum Islam.
Siyasah shar’iyyah ini telah dipraktis oleh para Khulafa al–Rasyidin
dalam urusan kenegaraan. Jika sesuatu hukum tidak ada dalam al-Qur’an
dan Hadith, mereka benijtihad dengan mengikut keputusan yang telah
ditetapkan yang pada pandangan mereka adalah untuk maslahah ummah dan
membawa keadilan.

Dengan cara ijtihad ra’yi (ijtihad dari segi
pendapat)ini maka hakikat siyasah shari’yyah dapat berkembang dan
berubah-ubah seperti pendapat Abdul Rahinan Taj bahawa siyasah
shar’iyyah sebagai prinsip yang boleh berubah–ubah kerana faktor
persekitaran. 

Ijtihad Saidina Abu Bakar ketika melantik
Saidina Umar sebagai penggantinya tidak sama dengan ijtihad Umar dalam
pemilihan penggantinya Saidina Uthrnan. Ijtihad mereka berdua ini pula
tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kerana
baginda tidak menamakan sesiapa yang menggantikannya. Prinsip siyasah
shar’iyyah inilah merupakan pendekatan dalam sesebuah pemerintahan
untuk melakukan penyesuaian polisi pentadbiran negara bagi memenuhi
segala keperluan rakyat untuk membawa keadilan dan kemakmuran.
Sesungguhnya faham siyasah shar’iyyah ini sentiasa terikat dengan
prinsip shariat yang berpaksi kepada prinsip ‘thawabit’ (perkara yang
tetap) dan ‘mutaghaygir’.(perkara yang berubah-ubah)

Dalam
sebuah masyarakat yang membangun dan berkembang pesat, sudah tentu
banyak isu serta persoalan yang perlu ditangani dengan segera. Oleh
itu, melalui siyasah shar’iyyah merupakan satu kacdah yang dapat
menyelesaikan persoalan terscbut melalui ijtihad ra’yi bagi mengatasi
kekeliruan dan kekakuan dalam menentukan polisi dan jentera pentadbiran
kerajaan. Siyasah shar’iyyah ini dapat berfungsi sepenuhnya apabila
pemerintahan itu berdasarkan sistem Islam. Kita tidak bermaksud untuk
menyempitkan fahaman ini dengan menutup jalan yang betul bagi
mengenalinya kerana setengahnya menganggap prinsip ini bercanggah
dengan syarak. Setengah golongan pula yang menerima prinsip ini dengan
menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan scsuatu yang bertentangan
dcngan Islam. Oleh itu, kita tidak boleh mempermudahkan serta
menyempitkan faham siyasah shar’iyyah kecuali terlebih dahulu kita
mengetahui dengan mendalam persoalan tersebut. 

Takrif Maslahah,

Maslahah (kepentingan umum)
ditakrifkan sebagai manfaat yang memang menjadi tujuan Tuhan Pencipta
shariat untuk para hambanya, manfaat yang meliputi pemeliharaan agama,
jiwa, akal, keturunan dan harta benda menurut urutannya. Sementara
masalih al-mursalah pula bermaksud segala manfaat yang tercakup dalam
daerah tujuan-tujuan shariat yang tidak mempunyai dalil sama ada dalil
yang mengiakan atau yang menindakkannya. Maslahah bermaksud
kepentingan, kebaikan . kebajikan atau apa-apa yang mendatangkan
faedah, lawan kepada fasad iaitu keburukan dan kejahatan.

Al-Ghazali
menghuraikan maksud maslahah ialah mendapatkan manfaat dan
menghindarkan kemudaratan dengan memelihara tujuan syarak yang lima
iaitu menjg agama, diri, akal, keturunan dan harta. Sesuatu yang
menjaga lima perkara ini dianggap sebagi maslahah dan sesuatu yang
meninggalkan lima perkara ini dianggap sebagai keburukn. Konsep inilah
yang menjadi pnduan dalam konteks hubungan manusia dengan Tuhan,
manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekelilingnya. Dari
konsep ini lahirlah kaedah penting dalam usul fekah yang dinamakan
sebagai al-Istislah atau masalih mursalih yang merupakan satu cabang
dari teknik mengeluarkan hukum-hukum syarak yang tidak ada nas yang
jelas dengan menggunakan rasional pemikiran berasaskan kepada maslahah.

Bagi
golongan Syafi’i, mereka tidak menggunakan al-Istislah sebagai cara
mengeluarkan hukum. Adapun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa
al-syafi’i berpegang kepada masalih mursalah walaupun atas nama qias
dan sadd al-zara’i mengikut istilahnya seperti pendapat al-Ghazali dan
al-Subki. Perkara ini dikuatkn lagi dengan pendapat Dr. Husain Hamid
Hassan dalam risalah Ph.dnya yang bertajuk Nazariat al-Maslahah fi
al-Fiqh al-Islami yang menyebutkan bukti-bukti pengambilan hukum secara
qias dalam konteks masalih mursalah.

Abdul Wahab Khallaf dalam
bukunya Masadir al-Tasri’i al-Islami telah meletakkan kaedah dan syarat
maslahah dalam pembinaan hukum antaranya ialah pertama perkara tersebut
semestinya kepentingan yang hakiki ( Maslahah haqiqiyah) bukan maslahah
yang was-was. Kedua maslahah itu adalah umum dan bukan berbentuk
peribadi. Ketiga maslahah itu tidak bertentangan dengan nas dan ijmak.

Oleh
demikian, para fuqaha menyatakan bahawa matlamat syarak tidak lain dari
maslahah. Di mana sahaj ada maslahah di sanalah Allah menempatkan
syarak. Maslahah menjadi asas perhitungan ijtihad. Maslahah yang
menjadi dasar perkiraan Abu Bakar dalm siyasah shar’iyyahnya menamakan
Umar bin al-Khatab sebagai pengantinya.Maslahah jugalah yang menjadikan
Umar al-Khatab untuk tidak menamakan sahabat tertentu sebagai
pengantinya, sebaliknya menyerahkannya kepada majlis perundingan di
kalangan enam orang para sahabat.Kedua-dua mereka telah sama-sama
berijtihad dengan asas perkiraan yang sama iaitu maslahah. Ketetapan
yang mereka ambil adalah jelas tidak sama di antara satu dengan yang
lain malah tidak sama dengan yang dilakukan oleh Rasulullah. Perbuatan
tersebut tidak bertentangan dengan syarak selagi ia bertujuan untuk
menegakkan keadilan di kalangan rakyat dn memenuhi maslahah mereka.

Siyasah shari’yyah dalam Konteks Pelaksanaan Hukum

Al-Marudi
dalam bukunya al-Funun menyebutkan bahawa pemerintah mempunyai budi
bicara siyasah iaitu mengenakan ke atas rakyat undang-undang yang berat
dan tidak terikat siyasah mengikut apa yang tertulis dalam perundangan
syarak. Kata –kata ini bermaksud undang-undang kesiksaan yang dibuat
oleh pemerintah yang bertujuan melenyap dan membenteras serta menutup
pintu-pintu fitnah dan kejahatan, sekiranya diperlukan demi kebaikan
dan kepentingan umat manusia atau mengawal masyarakat. Maka perlulah
pemerintah berbuat demikian.Ini adalah supaya pemerintah dapat mengurus
dan mentadbir umat dengan tenang dan mudah apabila telah dihapuskan
gejala-gejala buruk dalam masyarakat. Tindakan pemerintah dengan
menambah atau memberi peruntukan undang-undang kesiksaan daripada kadar
yang sesuai bagi kesalahan, yang mana kesalahan itu tidak ditetapkan
peruntukan hukuman tertentu oleh syarak. Sekiranya syarak telah
menetapkan kadar kesiksaan, pemerintah boleh menambah kadarnya jika
sesuai dengngan keperluan zaman dan tempat. Contohnya mengenakan
hukuman bunuh terhadap perogol yang merogol dan membunuh. Di dalam kes
lain, saidina Umar bin al-Khatab memberatkan hukuman ke atas mereka
yang meniru cap rasmi negara dan dengan cap tiruan ini penjenayah
terbabit dapat mengeluarkan harta dari baitulmal maka Umar mengenakan
hukuman 300 kali sebat dalam masa 3 hari.

Siyasah shar’iyyah
juga termasuk penguatkuasa undang-undang yang lebih berat dengan
menambah peruntukan kesiksaan yang lain, kepada peruntukan yang telah
ditetapkan oleh syarak. Ianya sama ada kesiksaan yang ditambah itu
adalah sejenis dengan kesiksaan yang ditetapkan oleh syarak atau
kesiksaan yang ditambah itu bukannya dari jenis kesiksaan yang
ditetapkan seperti menambah hukuman buang negeri kepada penzina yang
belum muhsan sesudah disebat. Maka hukuman buang negeri selepas disebat
itu dikira sebagai siyasah shar’iyyah.

Perkara ini dibolehkan
dan tidak dikira bercanggah dengan syarak selagi ia adalah bertujuan
menolak kemudaratan dan kerosakan di kalangan umat.Penambahan
peruntukan kesiksaan itu semata-mata disandarkan ke atas maslahah
umum.Oleh kerana itu, memberatkan hukuman bukannya menafikan syariah
atau keluar daripada syariah, malahan ianya adalah secucuk bagi tujuan
syariat yang sentiasa melaungkan bagi membasmikan jenayah dan
penjenayah dalam semua masyarakat manusia. 

Tindakan saidina
Umar bin al-Khatab di dalam kes tanh rampasan perang. Tanah tersebut
tidak dikategorikan sebagai harta ghanimah sedangkan ayat 41, surah
al-Anfal dengan jelas menyuruh sebahagian harta rampasan perang
diberikan kepada tentera Islam. Alasan saidina Umar ialah jika tanah
rampasan itu dibahagikan kepada tentera-tentera Islam, maka sedikit
sahaja dari kalangan umat Islam yang mendapat faedah daripada
pembahagian itu. Adalah lebih baik ianya tidak dibahagikan , bahkan
dijadikan ia sebagai harta negara. Perkara ini juga dinyatakan oleh
ulamak semasa Dr. Wahbah al-Zuhayli dengan menyebutkan harta rampasan
perang sekarang adalah milik kerajaan kerana tentera-tentera Islam
telah diberi gaji bulanan dan ganjaran-ganjaran yang lain. Keputusan
ini diambil berdasarkan siyasah shar’iyyah walaupun pada zahirnya
nampak bertentangan dengan zahir ayat tersebut.

Termasuk dalam
siyasah shar’iyyah juga melarang perkara-perkara yang harus dengan
ertikata pemerintah boleh menguatkuasa undang-undang melarang rakyatnya
daripada melakukan perkara-perkara yang harus seperti tindakan saidina
Umar bin al-Khatab melarang orang Islam berkahwin dengan perempuian
ahli Kitab sebab ia boleh membawa fitnah terhadap perempuan-perempuan
muslimat dan dikhuatiri perempuan-perempuan ahli Kitab adalah perempuan
yang tidak baik.

Siyasah shar’iyyah dalam Konteks Masakini

Peranan
umat Islam kini ialah menghapuskan kekaburan konsep dalam bidang
falsafah dan organisasi politik. Mereka perlu merangka satu pembaharuan
metodologi pcmikiran Islam selaras dengan kehendak hal ehwal umat Islam
kini selagi tidak bcrcanggah dengan hasrat dan nilai asasi Islam. Kaum
Muslimin patut sedar tentang rnasalah-masalah yang ditimbulkan olch
perkembangan-perkembangan baru dalam pemikiran Muslim. Oleh itu,
kemampuan kita untuk menyesuaikan idea-idea turath yang bermanfaat dan
idea-idea baru yang bernas serta idea-idea asing perlu digabungkan
supaya ia dapat melahirkan satu formula dan rumusan terbaik untuk
kemajuan umat Islam. Para sarjana dan ulamak Mus-lim perlu membuat
kajian mengenai penyelarasan semula pendekatan dan kefahaman mengenai
siyasah shari’iyah dalam konteks dunia moden kini. Usaha–usaha yang
Iebih membina harus dilakukan dengan serius dalam pemikiran dan
pendidikan ummah.
Pembentukan semula suatu sistem sosial dan
pemerintahan Muslim kini merupakan tugas utama para ulamak dan ahli
fikir Islam kini dengan membuat penyelidikan yang sistematik dan
empirikal. Dr. Abdul Hamid ‘A. Abu Sulayman menyebutkan pcranan para
sarjana, ahli fikir dan ulamak Muslim kini dcngan bcrkata, ahli-ahli
fikir dan ulamak Muslim semasa haruslah sedar bahawa tidaklah memadai
memikirkan sckali sekala atau sccara kebetulan isu-isu kehidupan sosial
dan kehidupan Muslimin. Mereka hendaklah mewujudkan sains kcmanusiaan
dan kemasyarakatan Islam. Mereka hendaklah mengadakan sistem matlamat
sertakaedah dan juga keprihatinan serta pengajian mereka kepada
fakta-fakta kehidupan sosial dan dengan keadaan asalnya serta
interaksinya sama sekali seperti dengan nas dan peraturan-peraturan
Islam. Di samping itu mereka hendaklah mewujudkan serta mengembangkan
metodologi Islam secara menyeluruh pula.

Hajat generasi kini
kepada ijtihad semasa amat diperlukan. Perlu diketahui, bahawa pada
kitab turath itu tidak ada segala jawapan bagi setiap persoalan kini
kerana setiap zaman, tempat dan masa mempunyai pendekatan tersendiri.
Ulamak telah menetapkan satu kaedah yang amat masyhur iaitu “perubahan
fatwa dengan perubahan zaman, tempat, uruf dan keadaan”. Hajat kepada
ijtihad merupakan keperluan yang berterusan selagi realiti kehidupan
manusia yang memesat dan masyarakat semakin berkembang. Malahan pada
zaman kita ini, ijtihad sangat diperlukan kerana perubahan yang semakin
pantas, komunikasi yang semakin canggih memaksa para sarjana dan ulamak
gigih untuk menyelesaikan persoalan ummah dengan lebih bijaksana. 

Terdapat
dalam turath, perbezaan pendapat mujtahid dalam satu zaman hanya
berbeza tempat dan masyarakat. Malahan terdapat juga perbezaan pendapat
fuqaha dalam satu mazhab yang sama hanya berbeza generasi. Perbezaan
ini bukan kerana pandangan dalam memahami sesuatu nas tetapi dan segi
kefahaman nas yang tidak memisahkan dengan keadaan realiti zaman,
tempat serta uruf. Menghidupkan institusi ijtihad ini bermakna melihat
persoalan-persoalan semasa yang timbul pada zaman ini berpandukan
al-Qur’an, al-Sunnah dan sumber yang muktabar dengan menghasilkan hukum
yang baru
terutama dalam bidang ketatanegaraan Islam walaupun ia mungkin berbeza dengan pendapat ulamak yang silam. 

Fungsi mujtahid kini bukan sekadar hanya menjawab persoalan-persoalan
kini dengan merujuk kitab-kitab turath atau mengambil pendapat yang
paling mudah dalam mana-mana mazhab tetapi yang lebih utama mereka
perlu melihat dan segi maslahah umat Islam kini, keadaan tempat dan
masa. Perkara ini amat perlu kerana apabila fatwa itu dikeluarkan ia
perlu mencapai tujuan shariat dan bersesuaian dengan hasrat murni agama
Islam. Menurut Siddiq Fadhil bahawa siyasah shar’iyyah merupakan wahana
kesejahteraan umat. Ahli-ahli politik dan par cendekiawan Islam
seharusnya menguasai dan menyegarkan semula siyasah shari’yyah demi
membuktikan Islam melindungi kepentingan umat di tengah-tengah
perubahan pesat yang terus menerus berlaku.Pengabaian terhadap siyasah
shar’iyyah bererti pengabaian terhadp maslahah umat dan pengabain
terhadap maslahah bererti pengabaian terhadap amanah dan mandat
kepimpinan.

Kesimpulan

Bagi kita,
memahami konsep negara Islam dengan tepat adalah satu kemestian kerana
ia merupakan altematif dalam proses Islamisasi di tanah air tercinta.
Kita dapati masih lagi masyarakat umat Islam tidak lagi memahami konsep
ini, tujuan-tujuan serta keistimewaannya apatah lagi orang bukan Islam.
Oleh itu, kita perlu mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah
tersebut serta mendidik mereka supaya dapat memahami hakikat ini.

Sesungguhnya
pelaksanaan hukum Islam adalah untuk membawa keadilan untuk seluruh
manusia dan alam sejagat. Oleh demikian, peranan ulamak serta ilmuan
muslim memastikan bahawa undang-undang Islam itu mestilah adil untuk
semua pihak lagi mencapai tujuan-tujuannya. 

Al-Mawdudi dalam
bukunya Nazariyah al-Islam al-Siyasiyyah (Teori Politik Islam)
menyebutkan, adalah amat penting konsep politik Islam itu dipelajari,
difahami dan diteliti 
secara tepat dan mendalam. Inilah
alternatif yang dapat menghapuskan segala bentuk kekelirua.n yang
sedang menular di kalangan umat manusia amnya dan umat Islam khususnya.

Ibn
Taimiyah berkata bahawa pelaksanaan hukum-hukum Islam merupakan rahmat
dari Allah ke atas hamba-hambaNya, yang mana ia lahir dari sifat rahmat
Allah dan ihsanNya. Oleh itu, pelaksanaan peraturan dan hukuman ini ke
atas manusia merupakan rahmat serta IhsanNya seperti ibu bapa yang
mendidik anak–anaknya dan doktor yang mengubati pesakit.

Dalam
konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras, agama,
bahasa dan adat resam memerlukan satu pendekatan yang perlu diambil
dalam melaksanakan sistem Islam semoga keadilannya terserlah. Para
ulamak juga perlu mengkaji kedudukan orang bukan Islam dalam negara
kita. Di manakah kategori mereka, zimmi atau tidak? Apakah peranan kita
untuk hcrdakwah kepada niereka? Adakah mereka ini boleh menjadi Menteri
Pelaksana seperti yang distilahkan oleh al-Mawardi? Adakah dibolehkan
wanita-wanita untuk menjawat jawatan tinggi dalam politik dan kerajaan?
Adakah bayaran jizyah
perlu digugurkan sepertirnana pendapat
setengah fuqaha yang mengugurkan bayaran jizyah jika orang zimmi
menyertai angkatan tentera bagi mempertahan negara Islam? Bagaimanakah
dcngan syarat Quraish bagi perlantikan ketua negara? Sesetengah
pendapat seperti Ibn khaldun yang mengatakan bahawa tujuan hadith
Pemimpin itu dari kalangan Quraish” adalah selama golongan itu
mempunyai kckuatan dan dapat menyatukan kaum muslimin. Kesemua ini
memerlukan jawapan daripada ulamak serta ilmuan muslim.

Melihat
dan sejarah, alam Melayu merupakan alam yang mernpunyai penjelmaan
sejarah yang tersendiri. Proses kemasukan Islam ke alam ini berbeza
dengan proses kemasukannya di dalam benua-benua yang lain dan begitu
juga kemasukan orang-orang bukan Islam ke alam Melayu ini merupakan
hasil proses politik. Oleh itu, kita memerlukan satu model yang dapat
memberi alternatif proses perkembangan Islam di tanah air dan serantau.
Janganlah hanya kerana politic mileage dan kepentingan peribadi, kita
menggadai peluang keemasan untuk melihat alam Melayu ini kembali
bersinar dengan panji-panji Islamnya. 

Menurut Prof. Ahmad Ibrahim, “The
recent trends towards Islamization in Malaysia is only an at-tempt to
restore to the right to profess and practice their religion from which
they have for long been deprived” (Aliran mutakhir ke arah
Islamisasi di Malaysia hanyalah suatu pcrcubaan untuk mcngcmbalikan hak
orang Islam untuk menganuti dan mcnghayati agama mereka yang selama ini
telah lama diabaikan).